Terma & Syarat
TERMA DAN SYARAT
DSM SIGNATURE TRAVEL & TOURS SDN BHD
1. PENDAHULUAN
1.1 Terma dan Syarat ini (“Terma”) mengawal hubungan kontraktual antara DSM SIGNATURE TRAVEL & TOURS SDN BHD (“Syarikat”) dan pelanggan/jemaah (“Pelanggan”) bagi pakej Umrah dan Ziarah.
1.2 Dengan membuat bayaran deposit dan/atau memberi pengesahan melalui apa-apa medium termasuk tetapi tidak terhad kepada borang, WhatsApp atau e-mel, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat sepenuhnya dengan Terma ini.
2. PENDAFTARAN & TEMPAHAN
2.1 Pelanggan hendaklah menghubungi Syarikat terlebih dahulu bagi menyemak kekosongan untuk tarikh pilihan serta mendapatkan butiran penuh mengenai pakej yang ditawarkan.
2.2 Semasa proses pendaftaran, pelanggan perlu menetapkan pilihan jenis bilik sama ada Quad, Triple atau Double.
2.3 Bagi bilik Quad, Pelanggan bersetuju untuk mencukupkan 4 orang atau berkongsi dengan jemaah lain. Sekiranya bilangan tidak mencukupi, pelanggan bersetuju menanggung caj tambahan berdasarkan jenis bilik alternatif yang disediakan.
2.4 Tempahan adalah berdasarkan “first come, first served” dan hanya disahkan selepas deposit diterima.
3. BAYARAN
3.1 Deposit sebanyak RM1,000 seorang hendaklah dibayar sebagai pengesahan tempahan.
3.2 Bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya enam puluh (60) hari sebelum tarikh penerbangan.
3.3 Tempahan kurang daripada 60 hari memerlukan bayaran penuh semasa pendaftaran.
3.4 Kegagalan membuat bayaran mengikut tempoh boleh menyebabkan pembatalan tempahan dan pelucutan bayaran tertakluk kepada kos sebenar yang telah ditanggung.
3.5 Pembayaran hanya sah jika dibuat kepada akaun rasmi:
-
NAMA SYARIKAT: DSM SIGNATURE TRAVEL & TOURS SDN BHD
BANK: MAYBANK
NO. AKAUN: 5621-0701-9342
3.6 Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas bayaran kepada pihak ketiga atau individu.
3.7 Bukti pembayaran hendaklah diserahkan dan resit rasmi akan dikeluarkan.
4. HARGA PAKEJ
4.1 Harga adalah berdasarkan kos semasa termasuk tiket, hotel, pengangkutan dan mata wang.
4.2 Syarikat berhak mengubah harga sekiranya berlaku perubahan kos seperti tiket penerbangan, kadar mata wang, cukai kerajaan dan kadar hotel dengan notis perubahan yang diberikan dalam tempoh munasabah kepada pelanggan.
4.3 Sekiranya pelanggan tidak bersetuju dengan perubahan harga tersebut, pelanggan berhak membatalkan tempahan dengan pemulangan tertakluk kepada kos sebenar yang telah ditanggung oleh syarikat.
5. SKOP PAKEJ
5.1 Pakej termasuk:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi
- Penginapan
- Makan minum seperti dinyatakan
- Pengangkutan
- Mutawwif
- Urusan visa
5.2 Pakej tidak termasuk:
- Perbelanjaan peribadi
- Lebihan bagasi
- Porter
- Rawatan perubatan
- Aktiviti tambahan
6. VISA & KELULUSAN
6.1 Semua pakej tertakluk kepada kelulusan visa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
6.2 Syarikat hanya bertindak sebagai perantara dan tidak menjamin kelulusan.
6.3 Jika visa ditolak, bayaran akan dipulangkan selepas ditolak kos sebenar termasuk visa, tiket dan caj pentadbiran.
7. PINDAAN & PENUKARAN
7.1 Caj pindaan adalah RM200 seorang bagi setiap pindaan, tidak termasuk kos tambahan sebenar yang terlibat.
7.2 Penukaran tarikh dibenarkan sekurang-kurangnya 45 hari sebelum penerbangan, tertakluk kepada kekosongan, kelulusan syarikat dan caj tambahan.
7.3 Permintaan kurang dari tempoh tersebut boleh ditolak atau dianggap pembatalan.
8. PEMBATALAN OLEH PELANGGAN
8.1 Pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis.
8.2 Caj pembatalan:
- Lebih 45 hari sebelum penerbangan: RM200 atau 10% daripada harga pakej
- 36 – 44 hari: 35%
- 16 – 35 hari: 50%
- 8 – 15 hari: 75%
- ≤7 hari: 100%
8.3 Caj ini adalah anggaran munasabah kerugian sebenar (genuine pre-estimate of loss) yang ditanggung oleh syarikat.
8.4 Tiada bayaran balik bagi perkhidmatan tidak digunakan.
9. PEMBATALAN OLEH SYARIKAT
9.1 Syarikat boleh membatalkan atas sebab operasi atau kekurangan peserta.
9.2 Bayaran penuh akan dipulangkan kepada pelanggan.
9.3 Bagi pembatalan saat akhir, pampasan berikut akan diberikan:
- 8 – 14 hari: RM100
- 1 – 7 hari: RM200
- hari penerbangan: RM300
10. PERUBAHAN ATURCARA
10.1 Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan berdasarkan situasi semasa, termasuk perubahan SOP oleh kerajaan Arab Saudi, faktor keselamatan atau keperluan operasi.
10.2 Syarikat berhak menukar hotel, penerbangan atau jadual kepada yang setaraf.
10.3 Syarikat akan memaklumkan sebarang perubahan kepada pelanggan secepat mungkin.
11. TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
11.1 Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan semua dokumen perjalanan adalah sah dan mematuhi undang-undang Malaysia dan Arab Saudi.
11.2 Pelanggan juga wajib mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk serta aplikasi lain yang diwajibkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
11.3 Syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar atau masuk negara atas apa jua alasan.
12. HAD LIABILITI SYARIKAT
12.1 Syarikat bertindak sebagai pengurus perjalanan dan ejen kepada pihak ketiga.
12.2 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian di luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Kelewatan atau pembatalan penerbangan
- Kehilangan atau kerosakan bagasi
- Kemalangan, kecederaan atau kematian
- Tindakan pihak ketiga seperti syarikat penerbangan, hotel atau pengangkutan
13. FORCE MAJEURE
13.1 Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam melaksanakan kewajipan akibat keadaan di luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada pandemik, bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok atau arahan kerajaan.
13.2 Dalam keadaan tersebut, syarikat berhak menawarkan tarikh alternatif atau pelarasan perjalanan. Sekiranya pelanggan tidak bersetuju, bayaran akan dipulangkan selepas ditolak kos sebenar yang telah ditanggung.
14. DATA PERIBADI
14.1 Pelanggan bersetuju bahawa data peribadi boleh digunakan untuk tujuan pengurusan perjalanan, operasi dan pemasaran.
14.2 Syarikat akan melindungi data selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mendedahkan kepada pihak ketiga kecuali bagi tujuan perjalanan atau keperluan undang-undang.
15. UNDANG-UNDANG TERPAKAI
15.1 Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
15.2 Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan melalui rundingan terlebih dahulu dan seterusnya dirujuk kepada Mahkamah Malaysia jika perlu.
16. PENGAKUAN
16.1 Dengan membuat bayaran, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.
16.2 Pelanggan juga dianggap mewakili semua individu di bawah tempahan yang sama.
17. KESELURUHAN PERJANJIAN
17.1 Terma ini merupakan keseluruhan perjanjian antara Pelanggan dan Syarikat dan menggantikan semua perjanjian terdahulu.
